Thursday, May 16, 2013

SAYA GEMUK AIR...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum WBT..




"Saya gemuk air...mungkin sebab dulu saya suka mandi malam dan banyak sangat minum air.."

Biasa tak dengar orang cakap macamni?Pernah dengar Gemuk air?Gemuk air kat Malaysia memang famous..Jangan cakap orang, saya dulu pun selalu cakap..hehehe...Ya, memang ada gemuk air..atau bahasa omputihnya..Water Retention..


Gemuk Air terjadi bila kita mengambil sodium yang berlebihan..Sodium memang diperlukan oleh badan, tetapi dalam kadar tertentu sahaja..Ia membantu mengekalkan beberapa fungsi badan termasuk penyerapan nutrien, fungsi jantung dan pengecutan otot. 


Bahaya tak gemuk air?


Ya..memang bahaya..peningkatan air dalam badan boleh meningkatkan isi padu darah dan seterusnya membawa kepada tekanan darah yang tinggi dan jantung pula akan bekerja dengan lebih keras. Sekiranya ini berlarutan, ia akan membawa kepada sakit jantung, angin ahmar dan buah pinggang.


Badan kita pula akan jadi tidak cantik, mengelambir dan lembik disebabkan kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan dalam badan.Kita juga akan rasa cepat letih dan mengah bila melakukan aktiviti seharian..Jalan mengah, naik tangga mengah, kadang-kadang bila bercakap pun bunyi cam mengah!Macam mengandung 5 bulan..^_^





Cara mengatasi


Minum air banyak-banyak..Aikk..nanti makin bertambah laa gemuk air nanti..Hehehe..ramai yang cakap camtu kan..Minum air banyak sekurang-kurangnya 1.5liter sehari..atau yang paling tepat..setiap 25kg berat badan memerlukan seliter air..Air penting untuk membakar lemak..jika kita kurang minum air, air yang ada akan disimpan oleh badan untuk fungsi badan yang lain..


Selain itu, saya ada google cara mengatasi gemuk air oleh Kevin Zahari..Kredit untuk beliau k! :)





Untuk keterangan lanjut, boleh google sendiri di :
http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/03/masalah-gemuk-mai-pakar-nak-ajar-cara.html
http://zakikhan.net/gemuk-air/

Sekiranya anda ingin turunkan berat badan, naikkan berat atau amalkan pemakanan yang sihat, jangan ragu-ragu untuk hubungi saya di 014-8130090 atau email saya mariazul127@gmail.com

Sampai jumpa lagi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...