Wednesday, October 2, 2013

Mengandung Dan Herbalife

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum W.B.T..dan salam sejahtera..
Lama tak menulis blog..Tiba-tiba menulis dengan tajuk "Mengandung Dan Herbalife". Dah masuk 4 bulan @ 16 minggu..baru ada mood dan masa nak menulis blog..Simptom orang mengandung ni macam-macam. Tapi yang macam-macam tu banyak yang berunsur malas la..T______T

Sekejap je dah nak masuk 2nd trimester..Masa first 3 months memang tak lalu nak minum shake. Serius..T__________T .. Sedih giler kot..Sebab dah terbiasa minum shake dalam 6 bulan ni. Kadang-kadang nak minum sekali sehari pun susah..Tapi  paksa kan jugak..Tak muntah..Tapi tak boleh telan..kalau dapat pun, nak habiskan 400ml tu sangat-sangat lama. mahu dua jam lebih. Memang sedih. Tambah pula, selera makan yang tak patut tu bertambah-tambah..rasa sedih bila teringat baby dalam perut. Walaupun baby nombor tiga, tapi aku dah berazam nak makan makanan yang berkhasiat dan InnshaaAllah minum banyak shake supaya baby dapat nutrisi cukup.
"Maafkan Umi, Sayang..." Sedey..
Alhamdulillah, dah masuk 4 bulan ni, shake dah lalu dah..badan pun dah makin ok..cuma baby je la..Asyik duduk menekan kat bawah..Rahim ke bawah sangat..So, disebabkan tu, aku tak boleh buat kerja kuat..tak boleh nak berlagak macam orang yang tak pregnant..DMO aku sepanjang mengandung ni pun tak banyak, sekali je bukak booth, flyers naik turun tangga tak boleh nak buat pulak..So kebanyakannya kena korek-korek COI je..Pastu facebook. Aku pernah buat kerja lebih sikit tapi dah bleeding pulak..Kadang-kadang keje kat umah pun dah boleh buat aku kepenatan sangat..Mengandung kali ni memang kena banyak bersabar..Lagi pun umur kan dah makin meningkat, mana sama dengan badan kita yang 20an dulu...Takpelaa..PERCAYA, rezeki Allah tu ada di mana-mana..USAHA je la..dan selebihnya banyakkan berdoa.


Just nak berkongsi, semasa pregnant, aku suka sangat dengan shake cappucino. Padahal sebelum ni aku suka Strawberry je..Tapi selagi aku selera aku minum je..Tak kisah la perisa apa, asalkan nutrisi tu sampai kat baby..So, yang mengandung kat luar sana, at least sekali shake sehari..Kalau nak yang lebih terbaik untuk baby, minum lah 4-5 shake sehari..InnshaaAllah, nutrisi tu akan dikongsikan bersama dengan baby anda..

Pastu aku tak kan lupa amik Pil Calcium tiga biji sehari, Omega 3-5 biji sehari dan Aloe untuk mudahkan penghadaman. NRG tea pun tak lupa, untuk bagi tenaga..

Cakap pasal pil calcium, aku teruja nak berkongsi sebab masa awal pregnant, aku sakit pinggang yang teramat..Bila tidur, nak bangun punyalah susah..dah macam orang mengandung 7 bulan. Kalau time amik wudhuk lagi laa..Sakit nya sampai tak boleh nak bergerak sekejap selama sekurang-kurang 5 - 10 minit. Tapi bila dah amik pil calcium ni, lama-lama sakit pinggang dah hilang sendiri..Patutlaa, rupa-rupanya, pil calcium Herbalife khasiatnya macam kita minum 2 gelas susu dan yang paling best dia plus dengan Vitamin D. Nama pun Calcium Plus. So siapa yang sakit pinggang tu, boleh cube!



Yang paling best, masa pengalaman dua kali mengandung tak ambil herbalife, berat aku sebulan boleh naik sampai 3-4kg..kalo setakat 2kg tu memang dalam tangan laa..Sebab tu aku boleh ter"gain" weight masa mengandung dekat 22kg..Alhamdulillah, mengandung kali ketiga bersama Herbalife, aku cuma gain baru 1.7 kg dalam masa 4 bulan ni..DIULANG..1.7KG SAHAJA DALAM 4 BULAN..Satu pencapaian diluarjangkaan sebab aku selera makan memang "besau" masa pregnant. Pagi tengahari malam semua nasi. 

Semoga Allah lindungi dan pelihara baby aku..Semoga dia sentiasa sihat sehinggalah aku melahirkannya nanti..Doakan yer..Ameenn..

Last skali nak tunjuk gambar terkini..hehe..


Gambar sebelah kiri tu dah macam pregnant 8 bulan kan?hahahaha..Gelakkan diri sendiri. No wonder la, ramai yang tanya aku lepas dah lost 15kg haritu "baru lepas bersalin ke?" Sedih dengar..tapi kelakar pun ada..

So..Ada siapa-siapa nak lost weight, atau nak sihat semasa mengandung tak?Contact saya 013-3442184 untuk jadikan saya coach anda!







Wednesday, August 14, 2013

Jom Nyah Lemak Di Bulan Syawal!

Bismillah.

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera..


Rasa belum terlambat kan untuk saya ucapkan Salam Lebaran 2013 , Maaf Zahir dan Batin..
Soalan pertama dari saya..berapa kilo dah naik berat badan??hehehehe..makan ati tak dengar soalan saya??hihihi..Normal laa kan..lepas sebulan berpuasa, mesti happy giler sebab naik penimbang tengok turun 4-5kg..tapi masuk raya ke tiga je, berat dah naik berkilo-kilo pulak..memang heran bin ajaib laa kan..siap kata penimbang tu rosak bagai..takde pulak teringat raya pertama, raya kedua korang makan apa..makan tak ingat dunia..dari pagi sampai malam , rendang ~ ketupat ~kuah kacang~ lemang ~ nasi dagang ~ nasi minyak ~ nasi tomato ~ nasi beriani ~ kuih raya ~air manis ~ air bergas..dah tentu itu je yang masuk dalam perut kita..brape kalori tu??berapa lemak tu??air mineral ada minum tak??air kencing pun dah konpem-konpem kaler kuning diraja..menandakan toksin tengah beraja & beristirehat di dalam badan anda..mana tak naik berat????haaa..cer pikir..





Aik..tak marah pon..cuma, mengingat kan jer..saya pun naik berat lepas puasa..tapi yang happy nye sebab..naik berat kali ni, takde laa naik berat cm raya tahun lepas...raya tahun lepas, saya pun nampak kurus..selang sebulan je lepas raya, badan naik mendadak.."hasil" dari open house demi open house..makan tak ingat dunia..Huhuhu..Astaghfirullah..Moga Allah ampunkan saya kerana makan ikut nafsu..




Bila kita makan banyak, janganlah lupa untuk minum lebih banyak air kosong untuk detoks balik lemak @ kalori yang kita ambil..setidak-tidaknya berjalan untuk membakar balik kalori tersebut supaya tak bertukar menjadi lemak..pernah tak kita kira kalori makanan dan apa yang kita perlu buat untuk bakar balik kalori tersebut?tak kan..sebab tu badan kita naik dan berisiko untuk jadi obesiti..



Jom nak bagi contoh :

Mee kari = 530 kalori  (nak bakar balik kalori ni perlu berjogging selama 72minit)

Ko ade ke g jogging masalahnya??adeii..memang tak laa kan..makin melingkau mcm ular sawa kekenyangan ada laa..Huhu..Kita risau nak kira kalori sebab takut nanti orang kata kita ni terlalu taksub nak kurus sampai nak kena kira kalori..bukan taksub..sekadar menjaga & mensyukuri nikmat yang Allah berikan..kalau kita tak jaga kesihatan sama jugak mcam kita tak bersyukur dengan nikmat kesihatan & tubuh badan yang elok yang Allah berikan..

Tahun ni, saya sangat-sangat bersyukur sebab saya dipertemukan dengan herbalife..Herbalife adalah salah satu cara yang saya gunakan untuk belajar menjaga amanah yang Allah berikan..
Nak tau macamana caranya?

Harini dah 7 Syawal kan..?saya dah start balik pemakanan saya yang sebelum puasa iaitu :


  1. Ganti sarapan pagi dengan shake herbalife.
  2. Minum tea mix 2 hingga 3 liter..
  3. Minum air masak 4 liter
  4. Makan lebih banyak buah..
  5. Ganti makan malam dengan shake herbalife.

Alhamdulillah..dah dua hari back to normal plan saya ni, saya dah turun balik 1.5kg..nak seribu daya kan..tak nak berdalih-dalih..hehe..yang pasti, kalau saya tak amik herbalife, saya rasa kurang bertenaga..lembik semacam & rasa nak tidur je memanjang..

So, kalau ada sesiapa yang nak nyah lemak di bulan Syawal ni..dan nak merasa bestnya detoks lemak dengan herbalife, jom contact saya 014-8130090. Saya akan coach anda bagaimana caranya..







Monday, July 22, 2013

SuPerViSOR...Akhirnya..

Bismillah.

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Akhirnya..
A'aa..yerlaa..bukan senang tau..journey saya ke SUPERVISOR.. Cam orang lain ada yang mudah..Tapi bg saya, itu semua memerlukan pengorbanan yang cukup cukup cukup besar..tambah-tambah lagi dengan status saya sebagai seorang ibu, isteri dan wanita bekerjaya ni..dan takde kenderaan..Kenderaan saya hanyalah public transport je..Saya pun takde duit..takde simpanan pun..walaupun dah kerja lama..Tapi betolah kata diorang..
"No money no problems, no initiative biggggg problems!"
Memang betol tu..kalau kita takda usaha untuk menuju ke arah cita-cita kita, mesti kita akan jumpa jalan buntu..dan mungkin jugak lambat-lambat kita akan jatuh terduduk..


Jangan lah cepat kecewa..memang tak dinafikan, bila kita rasa bersungguh sangat nak kan sesuatu, and then bila tak dapat..mesti rasa sedey & kecewa sangat sangat..Tapi itu kan proses..proses untuk suatu kejayaan yang bakal kita raih..satu tapak, satu tapak kita perlu melangkah..yang penting kita melangkah..kalo kita berhenti, kita tak kan dapat apa kecuali penat!


Saya dah buktikan..hurmm..walaupun baru je bermula..tapi saya dah buktikan untuk ke supervisor, saya dah sampai ke titik nyer..tapi perjalanan untuk kejayaan yang lebih dalam herbalife masih lagi JAUUUHHHHH...
So..jangan give up!berusaha jer..selebihnya kerja Allah..Good luck pada yang belum supervisor!




EXTRAVAGANZA BANGKOK 2013

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum W.B.T , salam sejahtera..
Lama tak update blog ni..Sebenarnya dah sebulan dah balik dari Bangkok..Tapi ni baru nak update blog..Takpela, asalkan update kan..dah tua-tua nanti anak cucu pulak nk baca blog ni..
InnshaaAllah..

Ni first extravaganza saya tau..hehehe..excited, memang sangat excited kot..Tapi sebelum tu, saya nak bercerita sikit journey saya sebelum dapat buat keputusan untuk ke Extravaganza ni..Extravaganza merupakan satu event besar dalam Herbalife..Satu event international yang mengumpulkan seluruh distributor Asia Pasifik.Masa saya first time dengar pasal extravaganza..saya rasa pelik sebab upline saya kata WAJIB pergi extravaganza, kalau betul-betul serius nak grow dalam Herbalife. Diorang bercerita, 1st time g extravaganza takde income, next extravaganza RM 1000.00, next extravaganza, income RM5,000, next extravaganza lagi RM12,000..income sentiasa meningkat selepas balik dari extravaganza..saya pun jadi penasaran nak tahu dan nak cuba dapatkan jawapan.."betul ke income akan naik kalau g extravaganza??" itu adalah soalan pertama yang saya harus cari jawapan di extravaganza tu nanti..So, tak fikir panjang, Masa tu dalam bulan Februari..selepas saya balik dari STS pertama saya di PWTC, 3hb Feb 2013, saya bagi duit tiket pada upline untuk booking.."Yess..saya akan ke Bangkok!"

Memang itu keputusan terbesar yang saya buat..tanpa tanya suami pun..huhu..balik rumah baru bagitau..Pelbagai pertanyaan yang keluar dari mulut suami..Pergi sorang ke?tket flight camane?penginapan camane?anak-anak camane?Pastu bila saya kata tak tahu, kenapa tak fikir dulu?tanya lagi..huhu..saya diam je..sebab dalam fikiran ni, dah tertanam dah.."MESTI PERGI"..cam ngiang2 tau kat telinga..huhu..

Bulan demi bulan bersilih ganti..saya selesaikan sikit2 pasal penginapan..passport last minit baru buat..Dah laa amik masa dua hari..pergi pagi2 lagi ke Putrajaya..tapi still dapat no yang ke 356..sudahnya menunggu turn pukul 5.40 petang baru dipanggil..lepas tu tak sempat siap petang, esok nya kena datang lagi untuk amik passport..huwaaaaa...nk buat passport pon kena amik cuti 2 hari tau..adei..

Ok..masa berlalu..sampai 14 Jun, saya pun berlepas ke Bangkok bersama adik saya..adik saya lagi banyak cerita, lagi sukar kot journey dia..tapi saya tak nak cerita sini..hehe..

Ekstravaganza memang suatu yang luar biasa bg saya..di sebalik journey masing-masing untuk ke ekstravaganza, tersimpan kekuatan yang sukar untuk disangkal oleh apa2 pun..Kalau tak, mana mungkin semua orang boleh sampai dengan mudah ke sini..Yang penting keazaman dan kesungguhan tu yang akan merealisasikan apa jua impian yang kita lakarkan..berusaha, berdoa dan bertawakal pada NYA..

Alhamdulillah..sy berjaya sampai ke sana..dan Alhamdulillah..pergi sebagai QP..dan saya pulang & take all da actions..Alhamdulillah tukar pin ke supervisor!!!!!!!!hehhe..perjalanan baru je bermula..so kita teruskan jerlaa..Jom..move to da next level!!


Bukti dah sampai..hehe


Ramai kan?26000 orang dari seluruh Asia Pasifik..satu misi..

Susan Peterson : dah 30tahun consume herbalife every day without failed!muda kan?


Sawadikap!!!

Dengan adik saya!

With China's team!

Team saya!

semangat dengan jalur gemilang!






Thursday, May 16, 2013

SAYA GEMUK AIR...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum WBT..




"Saya gemuk air...mungkin sebab dulu saya suka mandi malam dan banyak sangat minum air.."

Biasa tak dengar orang cakap macamni?Pernah dengar Gemuk air?Gemuk air kat Malaysia memang famous..Jangan cakap orang, saya dulu pun selalu cakap..hehehe...Ya, memang ada gemuk air..atau bahasa omputihnya..Water Retention..


Gemuk Air terjadi bila kita mengambil sodium yang berlebihan..Sodium memang diperlukan oleh badan, tetapi dalam kadar tertentu sahaja..Ia membantu mengekalkan beberapa fungsi badan termasuk penyerapan nutrien, fungsi jantung dan pengecutan otot. 


Bahaya tak gemuk air?


Ya..memang bahaya..peningkatan air dalam badan boleh meningkatkan isi padu darah dan seterusnya membawa kepada tekanan darah yang tinggi dan jantung pula akan bekerja dengan lebih keras. Sekiranya ini berlarutan, ia akan membawa kepada sakit jantung, angin ahmar dan buah pinggang.


Badan kita pula akan jadi tidak cantik, mengelambir dan lembik disebabkan kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan dalam badan.Kita juga akan rasa cepat letih dan mengah bila melakukan aktiviti seharian..Jalan mengah, naik tangga mengah, kadang-kadang bila bercakap pun bunyi cam mengah!Macam mengandung 5 bulan..^_^





Cara mengatasi


Minum air banyak-banyak..Aikk..nanti makin bertambah laa gemuk air nanti..Hehehe..ramai yang cakap camtu kan..Minum air banyak sekurang-kurangnya 1.5liter sehari..atau yang paling tepat..setiap 25kg berat badan memerlukan seliter air..Air penting untuk membakar lemak..jika kita kurang minum air, air yang ada akan disimpan oleh badan untuk fungsi badan yang lain..


Selain itu, saya ada google cara mengatasi gemuk air oleh Kevin Zahari..Kredit untuk beliau k! :)





Untuk keterangan lanjut, boleh google sendiri di :
http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/03/masalah-gemuk-mai-pakar-nak-ajar-cara.html
http://zakikhan.net/gemuk-air/

Sekiranya anda ingin turunkan berat badan, naikkan berat atau amalkan pemakanan yang sihat, jangan ragu-ragu untuk hubungi saya di 014-8130090 atau email saya mariazul127@gmail.com

Sampai jumpa lagi..

Monday, May 13, 2013

PENOLAKAN!!ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum..Selamat Pagi semua..

HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY?
^_^

Cerita agak dah basi, tapi nk cerita gak..hehehe...sempena balik mengundi haritu, saya dan adik saya ambil peluang untuk timbang orang di pasar Kuala Berang..Sebenarnya, pengakuan ikhlas saya nak buat, saya tak pernah guna DMO "walk & talk" ni tau!Memang FIRST TIME!Gulppp! memang perasaan berdebar tu terasa sangat..Yer laa kan..TAK PERNAH kot..Tapi yang selalu diingat kan oleh orang yang dah berjaya dalam HERBALIFE..
Jangan sesekali takut dengan "penolakan" orang terhadap kita..penolakan demi penolakan, akan buat kita makin kuat!
Yerr...saya dah sedia untuk "ditolak" ! hahaha..First time approach sorang makcik ni, saya baru bukak mulut .."Makcik, nak timbang badan tak?percuma jer..Makcik boleh tahu 8 perkara penting dalam badan.."
"Huh!orang dah nk balik panas-panas terik ni dia sibuk nak timbang orang!"

Gulpp..telan air liur lagi..PENOLAKAN..takpela, rasa memang sedih, tapi takpe..saya fikir makcik tu lagi sedih sebab dia tak bagi peluang kat diri dia untuk dengar 8 perkara dalam badan, dan paling penting, langsung tak sempat dengar apa pun pasal herbalife!
Saya dan adik saya timbang jer siapa yang nak timbang..Lepas terangkan analisa badan, saya akan bercakap sikit pasal Herbalife..Dan bagi flyers untuk dia hubungi saya kalau berminat..




Memang benar.....Bukan mengejar jualan semata, yang penting, bila dah bagi penerangan, saya dh cukup puas hati..Saya dah buat "kerja" saya sebagai seorang yang tahu pasal herbalife..Saya nak bercerita dengan semua orang, agar tiada lagi yang salah anggap pasal nutrisi sihat ini..Selebihnya, itu adalah "kerja" Allah..Allah yang akan menentukan dan membuka hati seseorang untuk terima Herbalife..Allah will do the rest..:)

Untuk kawan-kawan yang baru macam saya di luar sana, jangan cepat putus asa..Timbang jer..Cakap jer..Button tu, pakai jer..InnshaaAllah, dengan izin Allah, anda semua akan bertemu dengan orang yang serius untuk ambik Herbalife..

Kepada sesiapa yang baca blog saya dan berminat dengan Herbalife, jangan segan atau malu untuk hubungi saya 014-8130090..

Sampai bertemu lagi..Assalamualaikum..

Thursday, April 25, 2013

10 TANDA-TANDA BERAT SAYA SUDAH NAIK!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum..

Saya adalah seorang yang SAYANG KAN LEMAK sangat-sangat!mmbahahahaha..DULU LAA..
Yer laa..bila suruh jalan kaki sikit ke kedai yang jarak tak sampai 10 meter, saya cakap "tak nak lah!nanti habis lemak saya cair semuanya!saya SAYANG LEMAK SAYA!" Haaa,..itu memang jawapan yang selalu dan sinonim sangat dengan saya!Betapa sayang sangat pada lemak kan..

Itu dulu. Saya pun kurang pasti bila saya berubah dan mula BENCI pada lemak..Saya mula terperasan bila saya balik kerja, saya sangat malas..kadang-kadang "tersadai" di depan tv sampai laa pukul 7.30 malam..(Okey..saya tipu..kadang-kadang pukul lapan..baru terhegeh-hegeh nak mandi dan solat Magrib). Dan waktu malam pula, saya dah mengantuk sangat selepas makan malam. Saya tertidur je kat depan tv, kesian anak dan suami saya yang "sakit mata" tengok keadaan saya masa tu..Esok nya pula, sangat berat nk bangun..Bangun pagi saya dah lapar giler..macam dua hari tak makan..Dalam fikiran mula laa melakar impian nak beli nasi lemak lauk kerang bagai!woooottttt wooootttt...Teruk kan saya! Dengan tabiat yang begitu, saya berhasil menternak badan saya sehingga 68kg! Yeaaaaa!! TAHNIAH!!

Huhuhu..naik penimbang, macam tak percaya!betol ke berat aku ni??Ye..sila percaya yer..
Patutlah semua baju muat kat kepala je..pipi dah macam ade telur kt dlm mulut!lemak di belakang menggelebeh je..kalau lalu depan cermin, mesti nk salahkan cermin tu "mungin cermin ni melebar kot, sebab tu aku nampak gemuk"..Tidak tidak tidak..sebenarnya , memang saya dh gemuk!

Saya dengan gigihnya mula laa mencari ubat-ubat kurus di pasaran.Macam-macam ade skarang ni kan..Tapi Alhamdulillah, saya memilih Herbalife..Sebulan saya dh turun 6kg..Sekarang dah dua bulan lebih, total lost 10kg!Alhamdulillah Ya Allah..Kadang-kadang kita tak sedar kita dah gemuk, Tapi bila anda rasa anda ada ciri-ciri seperti di bawah ni..Sah lah anda dh GEMUK!



  • Baju semua dh ketat. Bila pegang dekat bahagian belakang ade lebih2 lemak bertingkat2 lak tu..
  • Perut dh semakin membuncit! Bila tengok tv, siap bole letak tangan atas perut..tak pun handphone!wakakaka
  • Bila berjalan (lebih-lebih lagi pakai skirt/baju kurung/jubah) peha bergeser antara satu sama lain
  • Tidur lena gila sampai berdengkur tak hengattt
  • Time shopping baju, rasa saiz baju muat, tapi bila balik rumah, tak muat pun!
  • Pakai spender siap bergulung melurut bawah perut..gara-gara perut yang makin membuncit
  • asyik makn, makan, makan..yang anak tak habis pun awk yang habiskan..segala jajan pon awk makan!sah laa memang dh gemuk.
  • Time amik gambar nak amik posing jauh sikit supaya nampak kecik dlm gambar
  • Naik tangga atau jalan sikit mengah sangat dah..macam dh lari 10 pusingan padang!
  • Korang timbang laa sendiri!baru sedar diri!

Itu antara yang saya boleh senaraikan..Huhuhu..Oleh yang demikian, saya sangat menyeru dan merayu, jika ada tanda-tanda di atas, cepat lah consume herbalife..Walaupun mula-mula rasa agak mahal, tapi berbaloi, ditambah dengan dapat coach yang sangat sabar dan baik hati!hahahaha


Jika anda ingin cuba Herbalife, hubungi saya 0148130090 atau email mariazul127@gmail.com. Saya akan bantu anda supaya mendapat kesan yang sama seperti saya!

Wednesday, April 24, 2013

DAH SEBULAN AMIK HERBALIFE..KENAPA TIADA PERUBAHAN PUN?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Saya  didatangi oleh salah seorang customer malam tadi..Sejak jadi coach dua bulan lebih ni, inilah satu-satunya customer yang amik Formula 1 tapi tak nampak kesan langsung..

Dia tanya saya..
Dah dekat sebulan saya consume Formula 1 Herbalife..takde penurunan pun berat saya?
Saya tanya dia balik
Cuba adik bgtau akak camane adik ambil, betol ke ikut apa yang akak ajar?
Dah nampak muka terkulat-kulat dah serba salah..
Saya amik cam yang akak ajar lah..pagi sekali shake , tengahari makan cam biasa, malam shake lagi sekali kan..
Ok..Air camanae?berapa liter?cukup tak 4 liter minimum?
Dia garu-garu kepala yang tak gatal..
tak smpai dua liter pun kak..satu liter lebih sikit je..
Haaaa...tu dia..kesalahan utama!Teruk kena dengan saya malam tu..tu laa..tak nak dengar cakap coach..Saya marah kat dia..bukan marah apa, sbb tak SERIUS!Tak ikut apa yang saya cakap..terutama bab air tu..Bila kita tanya..serius ke nak turun berat? "ye kak..saya nak kurus macam zaman bujang dulu"..Cakap beria-ia tapi suh buat tak buat pulak..Alahai..

Untuk pengguna herbalife diluar sana, ikutlah cakap coach anda..Jika anda ikut je A-Z, pasti anda akan berjaya dapat apa yang anda idamkan..Jangan bagi seribu alasan yang anda sendiri cipta!Sebelum consume Herbalife, pastikan anda ubah tabiat anda..jika rasa susah nk ikut, susah nk minum air banyak-banyak, susah nak kena pergi ulang-alik ke toilet..ok..tak payah consume terus!mesti membazir je nanti duit yang anda laburkan tu..

Fikirlah..dan hargailah setiap duit yang anda laburkan untuk membeli Herbalife..Untuk mengubah masa depan, kita yang harus ubah dulu tabiat kita sendiri..

Ada siapa-siap teringin nak saya jadi coach?Tak garang, marah sikit je..marah untuk kebaikan takpe kan..hehehe..Call saya 014-8130090 atau email mariazul127@gmail.com

 
 
 

Tuesday, April 23, 2013

HERBALIFE - Ramai Yang Membuat Andaian Sendiri

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum.. Selamat petang semua..

Dalam pukul 12 lebih tadi saya ke Klinik Kesihatan Dengkil. Anak saya, Syahmi dah umur setahun sembilan bulan dah tapi terlepas suntikan setahun setengah bulan Februari haritu..Harini baru ada kesempatan untuk pergi..Klinik tak laa jauh sangat pun, cuma masa bulan Februari saya tak ada transport nak pergi klinik..Alhamdulillah, hari ni Allah bagi kesempatan pada saya.. Nak dijadikan cerita, masa nurse sedang memeriksa anak saya, ada lagi seorang nurse yang lain menegur button yang saya pakai
"Turun Berat Badan Tanya Saya Bagaimana"
Dia baca button tu dan tanya saya "macamana??"

Saya senyum je..Saya bagitau, "saya pengguna Herbalife.."
"Ok ke Herbalife??"
"Saya baru je consume Herbalife 2 bulan lebih..Tapi Alhamdulillah, saya dah turun berat 9 kg dalam tempoh ni.." Kata saya sambil tersenyum
Saya dapat lihat muka mereka yang terkejut..agaknya tak percaya kot..
"sebelum ni berat adik berapa?Benda tu macamana?Macam susu ke?Berapa ringgit?Tahan berapa lama??"
Mak aiiii..banyak nya soalan..hehehe..mungkin diorang terlalu teruja mendengar penurunan berat badan saya kot..Saya pun dengan senyuman meleret menceritakan serba sedikit pasal Herbalife..Diorang ada mintak no telefon dan facebook saya..Alhamdulillah..rasa puas walaupun tak tahu la, diorang betul-betul bersungguh atau tidak..tapi jauh disudut hati ni, rasa syukur sangat pada Allah sebab dah ceritakan serba sedikit pasal nutrisi sihat ni..Selebihnya biarlah Allah yang tentukan..

"Akak bukan ape dik, dah banyak dengar cerita buruk mengenai Herbalife, tu yang takut nk consume.."
"Mungkin yang teruk & tak menjadi tu consume herbalife tanpa ada orang guide kot kak..sebab tu akak jangan dengar cakap orang luar yang tak tahu pasal herbalife.."

Nampak mereka berdua angguk-angguk..Faham kot..hehehe..



Ada yang berminat nak consume Herbalife hari ni?contact saya sekarang 014-8130090. Saya akan bantu anda untuk mencapai berat impian anda..
 
 
 

Thursday, April 18, 2013

ZERO TO HERO 2013, BUKIT GAMBANG RESORT

Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum & Salam sejahtera

Baru lepas cantik kan blog..cantik tak blog Kak Ton??ekekekekeke... Tetiba lak Kak Ton yang muncul kan..

Ok laa...nak story sikit pasal Zero To Hero yang pertama saya..13hb dan 14hb April 2013..Baru nak masuk 4 hari berlalu..so bahangnya masih terasa ni..Sangat best..Rugi siapa yang tak datang..huhu..(Nasib baik saya datang) Herbalife sangat baik hati sebab sediakan latihan demi latihan untuk distributor belajar dan belajar.."the more you learn..the more you learn.." sangat betol kata-kata ni.. Dekat Zero to Hero memang kita akan diberi peluang untuk belajar dengan orang-orang yang success..Dan saya rasa sangat bertuah sebab dapat berjumpa dengan orang yang berjaya seperti Ibu Siti Indiyah Maskuroh & Pak Tauhid Rivai dari Indonesia..Mereka berkongsi perjalanan herbalife mereka sehingga mereka mencapai tahap sekarang.. Saya sedar Herbalife bukan lah satu perniagaan yang main-main..atau skim cepat kaya..segala-galanya memerlukan fokus, kepercayaan dan keyakinan sepenuh hati..Perniagaan yang dikatakan "SIMPLE - FUN - MAGICAL" akan payah jika kita rasa payah dan tidak yakin.. Doakan perjalanan saya yer..moga saya akan tabah untuk menghadapi apa juga dugaan yang mendatang..Apa yang saya doa setiap hari, moga Allah pertemukan saya dengan orang yang betol-betol serius untuk consume Herbalife..Misi saya sekarang ialah untuk menyebarkan nutrisi kepada seluruh Malaysia..Paling penting orang-orang yang saya kenal!

Jika anda pun tertarik dengan Herbalife, boleh contact saya 014-8130090 @ email mariazul127@gmail.com untuk sebarang pertanyaan

Wednesday, March 6, 2013

Berusahalah! Anda mampu mengubahnya!

Assalamualaikum..

Have You Had Your Shake Today?

Saya dah! hehe..Harini saya first time try flavour Tropical Fruit..Boleh tahan sedapnya..rasa cam pisang..Tapi flavour yang paling dekat dihati, tetap cappucino..:)

Harini saya nak panjatkan rasa syukur pada Allah atas rezeki yang Allah limpahkan pada saya dan suami..
Untuk pengetahuan semua, saya baru je consume herbalife sebulan. Lepas 2 minggu consume, saya dah turun berat 2.2kg..So saya sangat teruja dan excited untuk jadikan Herbalife ni salah satu sumber pendapatan saya..Lagi-lagi lepas saya balik dari STS.

Saya tahu perjalanan dalam Herbalife bukan laa mudah, tapi memerlukan jiwa yang sangat kental..Modal yang diperlukan untuk ke level seterusnya juga besar bagi orang biasa cam saya ni.. Ye laa, walaupun bekerja, tapi seriously, saya tak dapat nak menabung pon, apatah lagi untuk g melancong ke luar negara macam yang dah berjaya dalam herbalife.

Untuk itu..saya nekad. Saya sangat sangat nekad untuk buat Herbalife. Saya tak kira walau apa jua cara sekalipun, saya akan gagahkan jugak segala usaha dan kudrat saya untuk Herbalife.

Kenapa saya pilih herbalife?

  1. Herbalife dah berada di pasaran 33 tahun..lama kan?sampai sekarang ia bertahan malahan makin meningkat jualannya dari tahun ke tahun.
  2. Jualan tahunan 2012 sahaja melebihi 6Billion USD kerana keberkesanan produknya.
  3. Hanya perlu membayar ahli RM98.00, saya dah boleh start perniagaan saya. Malahan kalau nak perluaskan perniagaan ke negara lain pon no problem. sebab, herbalife telah berada di 88 buah negara. Banyak kan?agak2 kalo nk bukak company di serata dunia ratus ribu pon tak cukup kot duit.
  4. Herbalife adalah top ten company dalam bursa saham new york..bukan calang-calang company tau.
  5. Sangat yakin dengan produk nya. Untuk sesuatu perniagaan, perkara pertama yang kita haru ambil berat ialah yakin atau tak dengan produk.Jika kita yakin dengan produk, baru laa kita sendiri ada keyakinan yang tinggi untuk jual pada orang lain kan? Saya cukup yakin dengan produk herbalife. Di smaping mempunyai lebih 70juta pelanggan yang berpuas hati seluruh dunia, marketing plan nya juga sangat adil dan tak seperti MLM yang lain. 
Ini antara sebab saya memilih Herbalife..Anda pula bagaimana?

Yang pasti, jika anda ingin melakukan perubahan pada diri anda, serta keluarga anda, perlu berubah sekarang!Jangan mudah berputus asa!berusahalah!




Jika anda berminat jangan malu untuk telefon saya 014-8130090/0136073225 untuk sebarang pertanyaan mengenai Herbalife.

Tuesday, February 26, 2013

Testimoni Herbalife



Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah..selepas guna sendiri produk Herbalife barulaa betol2 percaya kelebihan nya. Saya dan suami sendiri telah terbukti keberkesanan nya. Saya mengambil Herbalife disebab kan berat badan berlebihan iaitu 67.5kg. Manakala suami saya mengambil Herbalife untuk menaikkan berat badan nya iaitu berat asal 46kg sahaja..




Sekarang suami saya dah naik berat daripada 46kg ke 48kg setelah dua minggu consume Herbalife..Alhamdulillah dengan izin Allah

Kepada yang berminat untuk turun atau naik kan berat badan, hubungi saya 014-8130090 atau email mariazul127@gmail.com

Salam Sayang..

Sunday, February 17, 2013

PRODUK HERBALIFE

FORMULA 1



FORMULA 3

TEA MIX 50G & 100G


N-R-G TEA


HERBAL ALOE CONCENTRATED



NW FORMULA


HEART HEALTH


CALCIUM PLUS

SIHAT BERSAMA HERBALIFE


Assalamualaikum..Di samping cuci mata dengan koleksi tudung di sini, Ammar Collection juga merupakan pengedar kepada barangan HERBALIFE.

Kepada yang belum mengetahui apa itu HERBALIFE..perlu mengikuti sentiasa blog ini kerana banyak maklumat mengenai HERBALIFE dan saya pasti anda akan jatuh hati pada produk ini.

HERBALIFE  merupakan nutrisi lengkap, seimbang dan rendah kalori yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur. HERBALIFE juga mempunyai produk outter untuk kecantikan muka dan badan. Produk Herbalife telah berada di pasaran dunia selama lebih 33 tahun dan bertapak di 88 buah negara. Keberkesanan produknya diakui oleh 70juta lebih pelanggan di seluruh dunia.

Tidak rugi jika anda juga mahu mencubanya. Kepada yang ingin menurunkan berat badan, menaikkan berat badan serta sihatkan tubuh badan, anda dialu-alukan untuk mencuba dan melantik saya sebagai coach anda! 

Jangan bertangguh, sila hubungi saya 014-8130090 untuk sebarang pertanyaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...