Wednesday, October 2, 2013

Mengandung Dan Herbalife

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum W.B.T..dan salam sejahtera..
Lama tak menulis blog..Tiba-tiba menulis dengan tajuk "Mengandung Dan Herbalife". Dah masuk 4 bulan @ 16 minggu..baru ada mood dan masa nak menulis blog..Simptom orang mengandung ni macam-macam. Tapi yang macam-macam tu banyak yang berunsur malas la..T______T

Sekejap je dah nak masuk 2nd trimester..Masa first 3 months memang tak lalu nak minum shake. Serius..T__________T .. Sedih giler kot..Sebab dah terbiasa minum shake dalam 6 bulan ni. Kadang-kadang nak minum sekali sehari pun susah..Tapi  paksa kan jugak..Tak muntah..Tapi tak boleh telan..kalau dapat pun, nak habiskan 400ml tu sangat-sangat lama. mahu dua jam lebih. Memang sedih. Tambah pula, selera makan yang tak patut tu bertambah-tambah..rasa sedih bila teringat baby dalam perut. Walaupun baby nombor tiga, tapi aku dah berazam nak makan makanan yang berkhasiat dan InnshaaAllah minum banyak shake supaya baby dapat nutrisi cukup.
"Maafkan Umi, Sayang..." Sedey..
Alhamdulillah, dah masuk 4 bulan ni, shake dah lalu dah..badan pun dah makin ok..cuma baby je la..Asyik duduk menekan kat bawah..Rahim ke bawah sangat..So, disebabkan tu, aku tak boleh buat kerja kuat..tak boleh nak berlagak macam orang yang tak pregnant..DMO aku sepanjang mengandung ni pun tak banyak, sekali je bukak booth, flyers naik turun tangga tak boleh nak buat pulak..So kebanyakannya kena korek-korek COI je..Pastu facebook. Aku pernah buat kerja lebih sikit tapi dah bleeding pulak..Kadang-kadang keje kat umah pun dah boleh buat aku kepenatan sangat..Mengandung kali ni memang kena banyak bersabar..Lagi pun umur kan dah makin meningkat, mana sama dengan badan kita yang 20an dulu...Takpelaa..PERCAYA, rezeki Allah tu ada di mana-mana..USAHA je la..dan selebihnya banyakkan berdoa.


Just nak berkongsi, semasa pregnant, aku suka sangat dengan shake cappucino. Padahal sebelum ni aku suka Strawberry je..Tapi selagi aku selera aku minum je..Tak kisah la perisa apa, asalkan nutrisi tu sampai kat baby..So, yang mengandung kat luar sana, at least sekali shake sehari..Kalau nak yang lebih terbaik untuk baby, minum lah 4-5 shake sehari..InnshaaAllah, nutrisi tu akan dikongsikan bersama dengan baby anda..

Pastu aku tak kan lupa amik Pil Calcium tiga biji sehari, Omega 3-5 biji sehari dan Aloe untuk mudahkan penghadaman. NRG tea pun tak lupa, untuk bagi tenaga..

Cakap pasal pil calcium, aku teruja nak berkongsi sebab masa awal pregnant, aku sakit pinggang yang teramat..Bila tidur, nak bangun punyalah susah..dah macam orang mengandung 7 bulan. Kalau time amik wudhuk lagi laa..Sakit nya sampai tak boleh nak bergerak sekejap selama sekurang-kurang 5 - 10 minit. Tapi bila dah amik pil calcium ni, lama-lama sakit pinggang dah hilang sendiri..Patutlaa, rupa-rupanya, pil calcium Herbalife khasiatnya macam kita minum 2 gelas susu dan yang paling best dia plus dengan Vitamin D. Nama pun Calcium Plus. So siapa yang sakit pinggang tu, boleh cube!



Yang paling best, masa pengalaman dua kali mengandung tak ambil herbalife, berat aku sebulan boleh naik sampai 3-4kg..kalo setakat 2kg tu memang dalam tangan laa..Sebab tu aku boleh ter"gain" weight masa mengandung dekat 22kg..Alhamdulillah, mengandung kali ketiga bersama Herbalife, aku cuma gain baru 1.7 kg dalam masa 4 bulan ni..DIULANG..1.7KG SAHAJA DALAM 4 BULAN..Satu pencapaian diluarjangkaan sebab aku selera makan memang "besau" masa pregnant. Pagi tengahari malam semua nasi. 

Semoga Allah lindungi dan pelihara baby aku..Semoga dia sentiasa sihat sehinggalah aku melahirkannya nanti..Doakan yer..Ameenn..

Last skali nak tunjuk gambar terkini..hehe..


Gambar sebelah kiri tu dah macam pregnant 8 bulan kan?hahahaha..Gelakkan diri sendiri. No wonder la, ramai yang tanya aku lepas dah lost 15kg haritu "baru lepas bersalin ke?" Sedih dengar..tapi kelakar pun ada..

So..Ada siapa-siapa nak lost weight, atau nak sihat semasa mengandung tak?Contact saya 013-3442184 untuk jadikan saya coach anda!







Wednesday, August 14, 2013

Jom Nyah Lemak Di Bulan Syawal!

Bismillah.

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera..


Rasa belum terlambat kan untuk saya ucapkan Salam Lebaran 2013 , Maaf Zahir dan Batin..
Soalan pertama dari saya..berapa kilo dah naik berat badan??hehehehe..makan ati tak dengar soalan saya??hihihi..Normal laa kan..lepas sebulan berpuasa, mesti happy giler sebab naik penimbang tengok turun 4-5kg..tapi masuk raya ke tiga je, berat dah naik berkilo-kilo pulak..memang heran bin ajaib laa kan..siap kata penimbang tu rosak bagai..takde pulak teringat raya pertama, raya kedua korang makan apa..makan tak ingat dunia..dari pagi sampai malam , rendang ~ ketupat ~kuah kacang~ lemang ~ nasi dagang ~ nasi minyak ~ nasi tomato ~ nasi beriani ~ kuih raya ~air manis ~ air bergas..dah tentu itu je yang masuk dalam perut kita..brape kalori tu??berapa lemak tu??air mineral ada minum tak??air kencing pun dah konpem-konpem kaler kuning diraja..menandakan toksin tengah beraja & beristirehat di dalam badan anda..mana tak naik berat????haaa..cer pikir..





Aik..tak marah pon..cuma, mengingat kan jer..saya pun naik berat lepas puasa..tapi yang happy nye sebab..naik berat kali ni, takde laa naik berat cm raya tahun lepas...raya tahun lepas, saya pun nampak kurus..selang sebulan je lepas raya, badan naik mendadak.."hasil" dari open house demi open house..makan tak ingat dunia..Huhuhu..Astaghfirullah..Moga Allah ampunkan saya kerana makan ikut nafsu..




Bila kita makan banyak, janganlah lupa untuk minum lebih banyak air kosong untuk detoks balik lemak @ kalori yang kita ambil..setidak-tidaknya berjalan untuk membakar balik kalori tersebut supaya tak bertukar menjadi lemak..pernah tak kita kira kalori makanan dan apa yang kita perlu buat untuk bakar balik kalori tersebut?tak kan..sebab tu badan kita naik dan berisiko untuk jadi obesiti..



Jom nak bagi contoh :

Mee kari = 530 kalori  (nak bakar balik kalori ni perlu berjogging selama 72minit)

Ko ade ke g jogging masalahnya??adeii..memang tak laa kan..makin melingkau mcm ular sawa kekenyangan ada laa..Huhu..Kita risau nak kira kalori sebab takut nanti orang kata kita ni terlalu taksub nak kurus sampai nak kena kira kalori..bukan taksub..sekadar menjaga & mensyukuri nikmat yang Allah berikan..kalau kita tak jaga kesihatan sama jugak mcam kita tak bersyukur dengan nikmat kesihatan & tubuh badan yang elok yang Allah berikan..

Tahun ni, saya sangat-sangat bersyukur sebab saya dipertemukan dengan herbalife..Herbalife adalah salah satu cara yang saya gunakan untuk belajar menjaga amanah yang Allah berikan..
Nak tau macamana caranya?

Harini dah 7 Syawal kan..?saya dah start balik pemakanan saya yang sebelum puasa iaitu :


  1. Ganti sarapan pagi dengan shake herbalife.
  2. Minum tea mix 2 hingga 3 liter..
  3. Minum air masak 4 liter
  4. Makan lebih banyak buah..
  5. Ganti makan malam dengan shake herbalife.

Alhamdulillah..dah dua hari back to normal plan saya ni, saya dah turun balik 1.5kg..nak seribu daya kan..tak nak berdalih-dalih..hehe..yang pasti, kalau saya tak amik herbalife, saya rasa kurang bertenaga..lembik semacam & rasa nak tidur je memanjang..

So, kalau ada sesiapa yang nak nyah lemak di bulan Syawal ni..dan nak merasa bestnya detoks lemak dengan herbalife, jom contact saya 014-8130090. Saya akan coach anda bagaimana caranya..







Monday, July 22, 2013

SuPerViSOR...Akhirnya..

Bismillah.

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Akhirnya..
A'aa..yerlaa..bukan senang tau..journey saya ke SUPERVISOR.. Cam orang lain ada yang mudah..Tapi bg saya, itu semua memerlukan pengorbanan yang cukup cukup cukup besar..tambah-tambah lagi dengan status saya sebagai seorang ibu, isteri dan wanita bekerjaya ni..dan takde kenderaan..Kenderaan saya hanyalah public transport je..Saya pun takde duit..takde simpanan pun..walaupun dah kerja lama..Tapi betolah kata diorang..
"No money no problems, no initiative biggggg problems!"
Memang betol tu..kalau kita takda usaha untuk menuju ke arah cita-cita kita, mesti kita akan jumpa jalan buntu..dan mungkin jugak lambat-lambat kita akan jatuh terduduk..


Jangan lah cepat kecewa..memang tak dinafikan, bila kita rasa bersungguh sangat nak kan sesuatu, and then bila tak dapat..mesti rasa sedey & kecewa sangat sangat..Tapi itu kan proses..proses untuk suatu kejayaan yang bakal kita raih..satu tapak, satu tapak kita perlu melangkah..yang penting kita melangkah..kalo kita berhenti, kita tak kan dapat apa kecuali penat!


Saya dah buktikan..hurmm..walaupun baru je bermula..tapi saya dah buktikan untuk ke supervisor, saya dah sampai ke titik nyer..tapi perjalanan untuk kejayaan yang lebih dalam herbalife masih lagi JAUUUHHHHH...
So..jangan give up!berusaha jer..selebihnya kerja Allah..Good luck pada yang belum supervisor!




EXTRAVAGANZA BANGKOK 2013

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum W.B.T , salam sejahtera..
Lama tak update blog ni..Sebenarnya dah sebulan dah balik dari Bangkok..Tapi ni baru nak update blog..Takpela, asalkan update kan..dah tua-tua nanti anak cucu pulak nk baca blog ni..
InnshaaAllah..

Ni first extravaganza saya tau..hehehe..excited, memang sangat excited kot..Tapi sebelum tu, saya nak bercerita sikit journey saya sebelum dapat buat keputusan untuk ke Extravaganza ni..Extravaganza merupakan satu event besar dalam Herbalife..Satu event international yang mengumpulkan seluruh distributor Asia Pasifik.Masa saya first time dengar pasal extravaganza..saya rasa pelik sebab upline saya kata WAJIB pergi extravaganza, kalau betul-betul serius nak grow dalam Herbalife. Diorang bercerita, 1st time g extravaganza takde income, next extravaganza RM 1000.00, next extravaganza, income RM5,000, next extravaganza lagi RM12,000..income sentiasa meningkat selepas balik dari extravaganza..saya pun jadi penasaran nak tahu dan nak cuba dapatkan jawapan.."betul ke income akan naik kalau g extravaganza??" itu adalah soalan pertama yang saya harus cari jawapan di extravaganza tu nanti..So, tak fikir panjang, Masa tu dalam bulan Februari..selepas saya balik dari STS pertama saya di PWTC, 3hb Feb 2013, saya bagi duit tiket pada upline untuk booking.."Yess..saya akan ke Bangkok!"

Memang itu keputusan terbesar yang saya buat..tanpa tanya suami pun..huhu..balik rumah baru bagitau..Pelbagai pertanyaan yang keluar dari mulut suami..Pergi sorang ke?tket flight camane?penginapan camane?anak-anak camane?Pastu bila saya kata tak tahu, kenapa tak fikir dulu?tanya lagi..huhu..saya diam je..sebab dalam fikiran ni, dah tertanam dah.."MESTI PERGI"..cam ngiang2 tau kat telinga..huhu..

Bulan demi bulan bersilih ganti..saya selesaikan sikit2 pasal penginapan..passport last minit baru buat..Dah laa amik masa dua hari..pergi pagi2 lagi ke Putrajaya..tapi still dapat no yang ke 356..sudahnya menunggu turn pukul 5.40 petang baru dipanggil..lepas tu tak sempat siap petang, esok nya kena datang lagi untuk amik passport..huwaaaaa...nk buat passport pon kena amik cuti 2 hari tau..adei..

Ok..masa berlalu..sampai 14 Jun, saya pun berlepas ke Bangkok bersama adik saya..adik saya lagi banyak cerita, lagi sukar kot journey dia..tapi saya tak nak cerita sini..hehe..

Ekstravaganza memang suatu yang luar biasa bg saya..di sebalik journey masing-masing untuk ke ekstravaganza, tersimpan kekuatan yang sukar untuk disangkal oleh apa2 pun..Kalau tak, mana mungkin semua orang boleh sampai dengan mudah ke sini..Yang penting keazaman dan kesungguhan tu yang akan merealisasikan apa jua impian yang kita lakarkan..berusaha, berdoa dan bertawakal pada NYA..

Alhamdulillah..sy berjaya sampai ke sana..dan Alhamdulillah..pergi sebagai QP..dan saya pulang & take all da actions..Alhamdulillah tukar pin ke supervisor!!!!!!!!hehhe..perjalanan baru je bermula..so kita teruskan jerlaa..Jom..move to da next level!!


Bukti dah sampai..hehe


Ramai kan?26000 orang dari seluruh Asia Pasifik..satu misi..

Susan Peterson : dah 30tahun consume herbalife every day without failed!muda kan?


Sawadikap!!!

Dengan adik saya!

With China's team!

Team saya!

semangat dengan jalur gemilang!






Thursday, May 16, 2013

SAYA GEMUK AIR...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum WBT..




"Saya gemuk air...mungkin sebab dulu saya suka mandi malam dan banyak sangat minum air.."

Biasa tak dengar orang cakap macamni?Pernah dengar Gemuk air?Gemuk air kat Malaysia memang famous..Jangan cakap orang, saya dulu pun selalu cakap..hehehe...Ya, memang ada gemuk air..atau bahasa omputihnya..Water Retention..


Gemuk Air terjadi bila kita mengambil sodium yang berlebihan..Sodium memang diperlukan oleh badan, tetapi dalam kadar tertentu sahaja..Ia membantu mengekalkan beberapa fungsi badan termasuk penyerapan nutrien, fungsi jantung dan pengecutan otot. 


Bahaya tak gemuk air?


Ya..memang bahaya..peningkatan air dalam badan boleh meningkatkan isi padu darah dan seterusnya membawa kepada tekanan darah yang tinggi dan jantung pula akan bekerja dengan lebih keras. Sekiranya ini berlarutan, ia akan membawa kepada sakit jantung, angin ahmar dan buah pinggang.


Badan kita pula akan jadi tidak cantik, mengelambir dan lembik disebabkan kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan dalam badan.Kita juga akan rasa cepat letih dan mengah bila melakukan aktiviti seharian..Jalan mengah, naik tangga mengah, kadang-kadang bila bercakap pun bunyi cam mengah!Macam mengandung 5 bulan..^_^





Cara mengatasi


Minum air banyak-banyak..Aikk..nanti makin bertambah laa gemuk air nanti..Hehehe..ramai yang cakap camtu kan..Minum air banyak sekurang-kurangnya 1.5liter sehari..atau yang paling tepat..setiap 25kg berat badan memerlukan seliter air..Air penting untuk membakar lemak..jika kita kurang minum air, air yang ada akan disimpan oleh badan untuk fungsi badan yang lain..


Selain itu, saya ada google cara mengatasi gemuk air oleh Kevin Zahari..Kredit untuk beliau k! :)





Untuk keterangan lanjut, boleh google sendiri di :
http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/03/masalah-gemuk-mai-pakar-nak-ajar-cara.html
http://zakikhan.net/gemuk-air/

Sekiranya anda ingin turunkan berat badan, naikkan berat atau amalkan pemakanan yang sihat, jangan ragu-ragu untuk hubungi saya di 014-8130090 atau email saya mariazul127@gmail.com

Sampai jumpa lagi..

Monday, May 13, 2013

PENOLAKAN!!ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum..Selamat Pagi semua..

HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY?
^_^

Cerita agak dah basi, tapi nk cerita gak..hehehe...sempena balik mengundi haritu, saya dan adik saya ambil peluang untuk timbang orang di pasar Kuala Berang..Sebenarnya, pengakuan ikhlas saya nak buat, saya tak pernah guna DMO "walk & talk" ni tau!Memang FIRST TIME!Gulppp! memang perasaan berdebar tu terasa sangat..Yer laa kan..TAK PERNAH kot..Tapi yang selalu diingat kan oleh orang yang dah berjaya dalam HERBALIFE..
Jangan sesekali takut dengan "penolakan" orang terhadap kita..penolakan demi penolakan, akan buat kita makin kuat!
Yerr...saya dah sedia untuk "ditolak" ! hahaha..First time approach sorang makcik ni, saya baru bukak mulut .."Makcik, nak timbang badan tak?percuma jer..Makcik boleh tahu 8 perkara penting dalam badan.."
"Huh!orang dah nk balik panas-panas terik ni dia sibuk nak timbang orang!"

Gulpp..telan air liur lagi..PENOLAKAN..takpela, rasa memang sedih, tapi takpe..saya fikir makcik tu lagi sedih sebab dia tak bagi peluang kat diri dia untuk dengar 8 perkara dalam badan, dan paling penting, langsung tak sempat dengar apa pun pasal herbalife!
Saya dan adik saya timbang jer siapa yang nak timbang..Lepas terangkan analisa badan, saya akan bercakap sikit pasal Herbalife..Dan bagi flyers untuk dia hubungi saya kalau berminat..




Memang benar.....Bukan mengejar jualan semata, yang penting, bila dah bagi penerangan, saya dh cukup puas hati..Saya dah buat "kerja" saya sebagai seorang yang tahu pasal herbalife..Saya nak bercerita dengan semua orang, agar tiada lagi yang salah anggap pasal nutrisi sihat ini..Selebihnya, itu adalah "kerja" Allah..Allah yang akan menentukan dan membuka hati seseorang untuk terima Herbalife..Allah will do the rest..:)

Untuk kawan-kawan yang baru macam saya di luar sana, jangan cepat putus asa..Timbang jer..Cakap jer..Button tu, pakai jer..InnshaaAllah, dengan izin Allah, anda semua akan bertemu dengan orang yang serius untuk ambik Herbalife..

Kepada sesiapa yang baca blog saya dan berminat dengan Herbalife, jangan segan atau malu untuk hubungi saya 014-8130090..

Sampai bertemu lagi..Assalamualaikum..

Thursday, April 25, 2013

10 TANDA-TANDA BERAT SAYA SUDAH NAIK!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum..

Saya adalah seorang yang SAYANG KAN LEMAK sangat-sangat!mmbahahahaha..DULU LAA..
Yer laa..bila suruh jalan kaki sikit ke kedai yang jarak tak sampai 10 meter, saya cakap "tak nak lah!nanti habis lemak saya cair semuanya!saya SAYANG LEMAK SAYA!" Haaa,..itu memang jawapan yang selalu dan sinonim sangat dengan saya!Betapa sayang sangat pada lemak kan..

Itu dulu. Saya pun kurang pasti bila saya berubah dan mula BENCI pada lemak..Saya mula terperasan bila saya balik kerja, saya sangat malas..kadang-kadang "tersadai" di depan tv sampai laa pukul 7.30 malam..(Okey..saya tipu..kadang-kadang pukul lapan..baru terhegeh-hegeh nak mandi dan solat Magrib). Dan waktu malam pula, saya dah mengantuk sangat selepas makan malam. Saya tertidur je kat depan tv, kesian anak dan suami saya yang "sakit mata" tengok keadaan saya masa tu..Esok nya pula, sangat berat nk bangun..Bangun pagi saya dah lapar giler..macam dua hari tak makan..Dalam fikiran mula laa melakar impian nak beli nasi lemak lauk kerang bagai!woooottttt wooootttt...Teruk kan saya! Dengan tabiat yang begitu, saya berhasil menternak badan saya sehingga 68kg! Yeaaaaa!! TAHNIAH!!

Huhuhu..naik penimbang, macam tak percaya!betol ke berat aku ni??Ye..sila percaya yer..
Patutlah semua baju muat kat kepala je..pipi dah macam ade telur kt dlm mulut!lemak di belakang menggelebeh je..kalau lalu depan cermin, mesti nk salahkan cermin tu "mungin cermin ni melebar kot, sebab tu aku nampak gemuk"..Tidak tidak tidak..sebenarnya , memang saya dh gemuk!

Saya dengan gigihnya mula laa mencari ubat-ubat kurus di pasaran.Macam-macam ade skarang ni kan..Tapi Alhamdulillah, saya memilih Herbalife..Sebulan saya dh turun 6kg..Sekarang dah dua bulan lebih, total lost 10kg!Alhamdulillah Ya Allah..Kadang-kadang kita tak sedar kita dah gemuk, Tapi bila anda rasa anda ada ciri-ciri seperti di bawah ni..Sah lah anda dh GEMUK!



  • Baju semua dh ketat. Bila pegang dekat bahagian belakang ade lebih2 lemak bertingkat2 lak tu..
  • Perut dh semakin membuncit! Bila tengok tv, siap bole letak tangan atas perut..tak pun handphone!wakakaka
  • Bila berjalan (lebih-lebih lagi pakai skirt/baju kurung/jubah) peha bergeser antara satu sama lain
  • Tidur lena gila sampai berdengkur tak hengattt
  • Time shopping baju, rasa saiz baju muat, tapi bila balik rumah, tak muat pun!
  • Pakai spender siap bergulung melurut bawah perut..gara-gara perut yang makin membuncit
  • asyik makn, makan, makan..yang anak tak habis pun awk yang habiskan..segala jajan pon awk makan!sah laa memang dh gemuk.
  • Time amik gambar nak amik posing jauh sikit supaya nampak kecik dlm gambar
  • Naik tangga atau jalan sikit mengah sangat dah..macam dh lari 10 pusingan padang!
  • Korang timbang laa sendiri!baru sedar diri!

Itu antara yang saya boleh senaraikan..Huhuhu..Oleh yang demikian, saya sangat menyeru dan merayu, jika ada tanda-tanda di atas, cepat lah consume herbalife..Walaupun mula-mula rasa agak mahal, tapi berbaloi, ditambah dengan dapat coach yang sangat sabar dan baik hati!hahahaha


Jika anda ingin cuba Herbalife, hubungi saya 0148130090 atau email mariazul127@gmail.com. Saya akan bantu anda supaya mendapat kesan yang sama seperti saya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...